Saturday 2 May 2015

Dalaman Diri Kita

Assalamualaikum kepada pembaca dan pengkaji sekalian. Perkongsian kali ini berkaitan langsung dengan tajuk post yang lalu iaitu " Pengenalan Diri ". Tidak kenal maka tidak akan cinta adalah satu tagline yang gemar digunakan oleh manusia zaman sekarang. Pengenalan diri sendiri akan membawa kepada kecintaan diri kita, sayangnya kita kepada tubuh badan fizikal mahupun spiritual dalaman yang sentiasa lapar dan haus kepada makanan dan minuman.


Mengimbau kembali post yang lalu, orang yang anti tuhan berpendapat bahawa manusia itu berada dalam satu dimensi sahaja. Ia mendatangkan maksud " No Hell & No Heaven ". Seperti Lirik John Lennon, Imagine; Imagine there's no heaven, its easy if you try, No Hell below us, above us only sky. Boleh diantara kalian search lebih lanjut mengenai lirik tersebut.


Mengikut perkiraan sendiri atau secara logik, manusia akan rasa bahawa dirinya ada dua dimensi. Satu luaran dan dalaman. Kita akan selalu dengar dua suara dalam satu masa. Ada yang mengatakan Ya dan ada yang mengatakan Tidak. Perumpamaan seorang perempuan yang malu, adakah pipinya merah atau jiwanya yang merasakan malu? Dari perumpamaan ni akan menampakan rasionalnya seseorang manusia itu ada dalamannya atau batin.


Manusia terbahagi kepada empat bahagian:


 1. Nabati, tumbuh-tumbuhan, bersifatkan dengan sifat tumbuh seterusnya berkembang dan tidak bergerak.

Perumpamaan yang dapat digambarkan adalah seseorang yang hidupnya hanya makan, tidur, main game dan tengok TV. Hidupnya hanya tumbuh, berkembang dengan berat badan yang malas dan tidak bergerak dalam apa-apa kerja. Hidup bergoyang kaki sambil isap rokok Suria, itupun mintak dengan kawan disebabkan ketiadaan duit.Mana mungkin duit itu datang tanpa ada gerak kerja dan usaha daripada diri sendiri.


2. Haiwani, ia secara langsung bersifatkan dengan hidup, tumbuh, berkembang, bergerak bukannya dengan akal tetapi dengan hukum tindak balas. Perumpamaan bagi manusia yang bersifat haiwani; sarang burung pit-pit sentiasa sama dari dulu sekarang dan selamanya. Tidak ada apa-apa tambahan dan mana mungkin adanya TV dan perabut yang lain. Ini menampakan sifat haiwani yang hidup tumbuh, berkembang dan bergerak bukannya dengan akal tetapi dengan tindak balas. Sifat buruknya haiwani adalah akan sentiasa ada berlaku penindasan dan penting dirinya sendiri. Sebagai analoginya; ikan yang besar akan memakan ikan yang kecil, seperti riba' yang kuat akan mengalahkan yang lemah.



3. Insani, bersifat dengan sifat hidup tumbuh, berkembang, bergerak dan berfikir serta berakal. Orang yang berakal akan berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Orang yang berfikir akan mengetahui yang mana merugikan dan yang mana yang mendatangkan manfaat samada individu atau masyarakat. Dalam Quran Allah S.W.T berfirman dalam Surah as-Syams ayat 8; Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan. Disini menampakkan manusia itu berakal dan berfikir kerana Allah menampakan pilihan kepada kita sebagai hambaNya, bukan hanya hidup seperti haiwani yang hidup bertindak balas bukanya dengan akal yang waras. Menampakan beza antara nabati dengn insani dengan adanya bergerak dalam memilih jalan kefasikan atau ketaqwaan.


Sifat asas seorang manusia adalah keprihatinan kepada orang lain. Seperti mahasiswa UiTM Arau yang keluar outing ke C-Mart menaiki teksi akan melihat dicermin penunggang motosikal yang meredah hujan manakala kita berbumbungkan besi. Ini adalah sifat insani iaitu rasa kasih kepada orang lain atau rasa kesian, kerana sifat insani ini terikat dengan antara satu sama lain dan tidak sesekali bersendirian.


4. Malakuti, iaitu sifat yang tertinggi dalam antara-antara sifat tersebut. Hidup berkembang, bergerak, berfikir, menyaksikan dan merasainya. Konsep Ihsan yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah puncak segala malakuti. Seperti sabdanya; melakukan ibadah kepada Allah seperti melihatNya, jika tidak dapat melihatnya sesungguhnya Allah melihat kita. Sebagaimana kisah seorang sahabat Nabi SAW, menantunya Nabi SAW, suaminya Fatimah Zahra al-Batul dan Amirul Mukminin kepada para abid. Seorang lelaki bertanya kepada Saidina Ali R.A; dapatkah anda melihat tuhan-mu dalam beribadah? Maka Saidina Ali R.A menjawab; Adakah aku menyembah yang tidak dapatku lihat? Lelaki tersebut bertanya Saidina Ali; bagaimanakah anda melihat-Nya? Saidina Ali R.A menjawab; Dia ( Allah ) tidak akan tercapai dengan penglihatan mata, tetapi dengan mata hati yang penuh dengan hakikat keimanan. Dia ( Allah ) dekat dengan segala-galanya tanpa sentuhan. Jauh tanpa jarak. Berbicara tanpa berfikir sebelumnya. Berkehendak tanpa berbincang.


Setiap sifat diatas adalah skala kepada kehidupan seharian kita dimuka bumi Allah S.W.T ini. Samada kita memilki sifat nabati, haiwani, insani dan malakuti. Itu semua perkiraan sendiri dimanakah kita berada dan pilihan kita dalam melaksanakan kehiudpan kita.




Ujian akan melahirkan manusia yang tahan dari segi mental dan fizikal.



Akhir kata dengan surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3; Adakah manusia dibiarkn dengan mengatakan: "Kami telah beriman". sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang berdusta.









No comments:

Post a Comment