Sunday 15 November 2015

Konvensyen Yadim 2015

Satu quote yang membuat aku kagum adalah , "With great power comes great responsibility". Kata-kata hikmah yang dikeluar oleh Uncle Ben pakcik Spiderman Peter Parker. Adanya kuasa pemerintahan yang autoriti dengan itu adanya tanggungjjawab yang besar. Menjadi seorang pemimpin bukanlah dengan hanya suka dengan title yang di galasnya. Kenapa saya kata seorang pemimpin bukanlah suka kepada title? Because a leader would say "We" while a boss would say "I".



( Barisan MPSYN Kedah )

( Musa Hensem dan Seniornya )


Konvensyen Kebangsaan Sahabat Yadim 2015 yang berlangsung pada 14.11.2015 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi. Program yang berskala besar ini bertujuan untu menghimpunkan barisan pimpinan Sahabat Yadim di seluruh negeri bagi membincangkan mengenai introspeksi gerak kerja dakwah disamping berperanan sebagai wadah terbaik kepada golongan mahasiswa untuk menyumbang idea kepada pembangunan negara.


( Bersama senior MTS Kok Lanas )


( Amanah yang diterima )

( Selfie satu )


Kesimpulanya , Allah berfirman dalam Surah As-Saff ayat 10 hingga 11:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah.......

Intinya membela agama dengan berdakwah.






Sunday 1 November 2015

Sihat

Sabda Rasulullah SAW " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah SWT daripada mukmin yang lemah"- Hadis Riwayat Muslim. 


Individu yang kuat dan sihat lebih diutamakan di sisi Allah SWT kerana banyak kebaikan yang dapat dilakukan jika kita berada dalam keadaan yang sihat. Segala nikmat yang dikurniakan kepadaku , terutama nikmat kesihatan yang sedia ada dan aku amat bersyukur kepadaMu sehingga aku mampu melakukan macam-macam pekerjaan di atas muka bumi-Mu.


Ramai yang bertanya, bagaimana mahu menjadi sihat? Soalan semacam ni selalu menjadi pertanyaan. So apakah jawapannya? Mari kita lihat gambar yang tertera di bawah ni. Semoga terjawab pertanyaannya.



(Ni Budak Hensem)

Ni gambarku masa aku menyertai Gopeng UiTM IPT Eco Challenge 2015 yang bertempat di Kampung Jahang, Gopeng Perak yang dianjurkan sempena Discovery PERAK dan berlangsung dari 5 hingga 6 Sept 2015. Antara aktiviti yang di hidangkan kepada kami adalah Larian 20KM diteruskan dengan Rafting 9KM dan diakhiri dengan acara Berbasikal 20KM. Dimaklumkan bahawa penyertaan dari IPT sebanyak 47 pasukan yang berdaftar.


Itu dia TNC Shah Alam turun bg sokongan

Ini dia Team Perlis A & B


Ini Team A mendapat tempat Ke-2


Alhamdulillah segala kesihatan yang dikurniakan kami salurkan kepada jalan yang lebih baik dengan cara kami bersukan. Apa2 pun segala kejayaan kami semua bukanlah terletak pada tubuh badan kami, tetapi semangat kami yang membara. Tahniah juga kepada wakil Perlis daripada Unit Beruniform Komander Kesatria UiTM Perlis kerana menjadi wakil kepercayaan mewakili UiTM Perlis dalam pertandingan ini, kerana kami tidak mensia2kan kepercayaan orang-orang atasan. Dengan itu kami membawa pulang wang ringgit serta nama yang mengharumkan UiTM Perlis. Sekian


*Team A Tempat Ke-2
   Team B Tempat Ke-6







Friday 21 August 2015

Ujian

Alhamdulillah sudah selamat sampai ke perkampungan utara setelah beberapa hari berada di Kuala Lumpur. Apa yang saya dapat selama saya berada di Kuala Lumpur sangatlah banyak pengalaman dan kajian daripada pemerhatian saya, tidak terhad kepada tindak tanduk masyarakat di kawasan tersebut bahkan kawan-kawan saya juga menjadi pemerhatian saya. Kerana apa? Kerana dari itu kita akan mempelajari sikap dan pendirian seseorang tersebut.



Kad Matrix , ahaha


Mengenai program yg saya ikuti ialah BAHTERA, Bumiprenuers Of Tomorrow ( Layari Peluang Keusahawanan Bersama ) yang bertempat di dewan KLCC, Kuala Lumpur. Slot Dr. Azizan Osman di Program BAHTERA, Bumipreneurs Of Tomorrow la yang banyak memberi input-input yang berguna. Salah satu yang boleh saya tuliskan di sini ialah " Jangan Takut Kepada Kegagalan ". Mengenai point jangan takut kepada kegagalan ialah, kebanyakkan manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yg diorg perolehi. Sebab apa? Kerana manusia hanya inginkan keselesaan yang berpanjangan tanpa ada sedikit pun kesusahan. Apa yang selalu kita dengan dengan pepatah orang tua "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian". Berlainan dengan orang sekarang yang hanya mahu kesenagan yang tidak pernah luput.






Projek abg long 5 Juta.....hahaha


Yang menarik ialah, kalau kita selalu mendapat kesenagan tanpa ada kejatuhan walaupun sekali, bagaimana kita hendak berkongsi pengalaman kita dalam kehidupan kita kepada masyarakat lain untuk terus berusaha dan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian? Cukup sahaja kita berkata, Aku dah diuji oleh Allah? Padahal kita tidak pernah diuji sama sekali? 



Hayatilah petikan ayat al-Quran Surah al-Ankabut dalam ayat 2-3 sebagai kesimpulan penulisan ini.


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiar begitu saja dengan mengatakan, "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?"Ayat 2

"Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , Maka Allah maha mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang berdusta". Ayat 3



Sunday 19 July 2015

Program Ihya' Ramadhan Komander Kesatria UiTM Perlis

Alhamdulillah sudah selamat kita menghadapi Syawal dengan meriah dan dengan rasa sebak meninggalkan bulan Ramadhan yang dirindui. Disini saya akan campak kebelakang mengenai Program Ihya' Ramadhan 1436 yang dikawal sendiri oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Perlis.



Barisan MPKK UiTM Perlis


Untuk makluman semua, program ini diketuai oleh Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Komander Kesatria,Komander Rendah Kanan Musa dan Komander Rendah Kanan Humaira 'Aisyah bagi menjayakan program ini dan tidak lupa kepada rakan-rakan perwakilan yang membantu untuk melancarkan lagi perjalanan program ini serta dengan jaya mencapai objektif & misi.


Kenapa nama program ini dinamai dengan Ihya' Ramadhan? Kerana dengan masa yang lapang dalam bulan yang mulia ini, kami ingin memenuhi segala lopong kekosongan masa dengan aktiviti yang mendapat faedah dan yang paling utama kami ingin sekali menghidup bulan Allah iaitu Bulan Ramadhan al-Muabarak.

Program kami bermula pada tenghari selepas solat Zohor secara jemaah di Komplek Star UiTM Perlis yang diimami sendiri oleh komander. Selepas daripada itu terus ke tayangan kerohanian dan" Explorace". Sebelom berbuka kami mendengan ceramah daripada pihak jemputan dari ACIS UiTM Perlis, Yang Berbahagia Ustaz Zakaria B. Abdullah.


Selepas berbuka kami diteruskan dengan solat Maghrib seterusnya disilangi dengan 5 minit tazkirah daripada setiap orang sebelom menunaikan solat Isya' dan diteruskan dengan Solat Terawih & Witir berjemaah. 

Kesimpulan daripada program yang dianjurkan ialah, bagi pihak kami menginginkan setiap daripada komander-komander memantapkan ilmu agama dan kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seacara umumnya kami mengetauhui setiap dripda kita sudah mempelajari sebahagianya atau secara penuh seperti solat jenazah, tayamum, solat sakit yang kami jadikan sebagai checkpoint dalam aktiviti Explorace, bahkan kami ingin memperingat atau memanaskan balik ilmu-ilmu fardhu ain dan kifayah agar kita sentiasa berilmu seperti pisau yang selalu diasahkan. 

Secara khususnya Nabi SAW bersabda : Man sauma ramadhan bi imanan wahtisaban gufiralahu ma taqaddama minzanbih. 



Friday 15 May 2015

Dalaman Kita

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, kali ini post yang berkaitan "spiritual" kita. Ia juga berkaitan dengan post yang pertama dan yang kedua. Spiritual atau dalaman kita adalah salah satu bahagian yang hidup. Apa yang kita faham dengan perkataan hidup? Apa itu hidup? Dan apa itu benda yang hidup? Setiap kehidupan memerlukan santapan. Spiritual juga memerlukan santapan hatta hati yang lemah, hati yang sedih ataupun orang guna istilah "mental down" memerlukan kata-kata manis supaya hati menjadi tenteram dan tenang. Imam Ali pernah berkata dalam kata-kata hikmahnya; setiap badan yang sakit memerlukan ubat, dan setiap hati yang sakit memerlukan kata-kata hikmah.






Gambar ini masa saya ke Kem Kepimpinan Zon Utara, dengan kerjasama HEP UiTM Perlis, Kedah, Pineng dan Perak yang diadakan pada bulan 5 bertempat di Kampus UiTM Tapah, Perak. Apa yang berkaitnya gambar ni dengan post sekarang? okay, Spiritual dan kepimpinan tidak dapat dipisahkan. Apa buktinya? Adakah hanya sekadar omongan-omongan kosong? Disini saya akan lampirkan sebuah kisah kepimpinan dan spiritualnya seorang pemimpin.


Pada zaman Khalifah Ali memerintah, Saidina Ali dikenali orang yang zuhud,saling mencintai , pentingnya kedamaian, berilmu pengetahuan yang luas dan berpandangan jauh. Kerana sifatnya yang saling mencintai dan pentingkan kedamaian, dikisahkan oleh Saidina Hussien bahawa setiap minggu keluarga Saidina Ali akan menggadakan korban untuk fakir-fakir miskin yang kurangnya makanan. Pada suatu hari, Saidina Hussien memerhatikan gelagat atau rasa semacam je dengan seorang pak cik tua, sebab apa? Kerana setiap kali ja ada pembahagian makanan korban ni dia tidak makan untuknya, tetapi dia membungkuskan. Ini yang menyebab Saidina Hussien nak mengetahui apa niatnya untuk membungkus. Nak di katakan dia adalah seorang kara, kepada siapakah hendak dia hulurkan bantuan? Jadi pada minggu yang lain, Saidina Hussein menahannya dan bertanya kepadanya, " Kepada siapakah kamu hendak bagi daging ini?" Lalu orang tua itu menjawab, kepada seorang lelaki yang aku melihatnya susah darripada aku, bajunya compang camping dan mukanya nampak keletihan yang sedang bekerja di ladang kurma milik Yahudi.




Jadi Saidina Hussien pun berkata kepada orang tua tersebut, " tunjukan dia kepadaku". Mereka berdua berjalan la sehingga 1/4 hendak sampai. Saidina Hussien berhenti berjalan dan menangis terseka-esak. Lalu orang tua bertanya," wahai cucu nabi, wahai kesayangan rasulullah mengapa engaku menangis?" Saidina Hussein menjawab; " yang sedang berkerja di ladang kurma itu adalah bapaku, Amirul Mukminin Ali Abi Thalib. Di riwayatkan bahawa Saidina Ali bekerja di ladang kurma milik Yahudi dan dengan duit itu la beliau membuat korban kepada fakir miskin. SOLAWAT!




Sebagai kesimpulan, kepada pembaca-pembaca sekalian. Anda sendiri boleh menilai apa moral dan kebaikan yang saya kisahkan cerita yang indah ini pada post kali ini.Anda sendiri akan rasa hebatnya Saidina Ali yang hanya makan dan minum bila keperluan. Hebatnya seorang pemimpin didikan Rasulullah. Pernah diriwayatkan daripada Umar Bin Abdul Aziz, Khalifah Bani Umayyah berkata; Imam Ali adalah orang yang paling zuhud selepas Nabi Muhammad SAW.





Orang handsome.


Saturday 2 May 2015

Dalaman Diri Kita

Assalamualaikum kepada pembaca dan pengkaji sekalian. Perkongsian kali ini berkaitan langsung dengan tajuk post yang lalu iaitu " Pengenalan Diri ". Tidak kenal maka tidak akan cinta adalah satu tagline yang gemar digunakan oleh manusia zaman sekarang. Pengenalan diri sendiri akan membawa kepada kecintaan diri kita, sayangnya kita kepada tubuh badan fizikal mahupun spiritual dalaman yang sentiasa lapar dan haus kepada makanan dan minuman.


Mengimbau kembali post yang lalu, orang yang anti tuhan berpendapat bahawa manusia itu berada dalam satu dimensi sahaja. Ia mendatangkan maksud " No Hell & No Heaven ". Seperti Lirik John Lennon, Imagine; Imagine there's no heaven, its easy if you try, No Hell below us, above us only sky. Boleh diantara kalian search lebih lanjut mengenai lirik tersebut.


Mengikut perkiraan sendiri atau secara logik, manusia akan rasa bahawa dirinya ada dua dimensi. Satu luaran dan dalaman. Kita akan selalu dengar dua suara dalam satu masa. Ada yang mengatakan Ya dan ada yang mengatakan Tidak. Perumpamaan seorang perempuan yang malu, adakah pipinya merah atau jiwanya yang merasakan malu? Dari perumpamaan ni akan menampakan rasionalnya seseorang manusia itu ada dalamannya atau batin.


Manusia terbahagi kepada empat bahagian:


 1. Nabati, tumbuh-tumbuhan, bersifatkan dengan sifat tumbuh seterusnya berkembang dan tidak bergerak.

Perumpamaan yang dapat digambarkan adalah seseorang yang hidupnya hanya makan, tidur, main game dan tengok TV. Hidupnya hanya tumbuh, berkembang dengan berat badan yang malas dan tidak bergerak dalam apa-apa kerja. Hidup bergoyang kaki sambil isap rokok Suria, itupun mintak dengan kawan disebabkan ketiadaan duit.Mana mungkin duit itu datang tanpa ada gerak kerja dan usaha daripada diri sendiri.


2. Haiwani, ia secara langsung bersifatkan dengan hidup, tumbuh, berkembang, bergerak bukannya dengan akal tetapi dengan hukum tindak balas. Perumpamaan bagi manusia yang bersifat haiwani; sarang burung pit-pit sentiasa sama dari dulu sekarang dan selamanya. Tidak ada apa-apa tambahan dan mana mungkin adanya TV dan perabut yang lain. Ini menampakan sifat haiwani yang hidup tumbuh, berkembang dan bergerak bukannya dengan akal tetapi dengan tindak balas. Sifat buruknya haiwani adalah akan sentiasa ada berlaku penindasan dan penting dirinya sendiri. Sebagai analoginya; ikan yang besar akan memakan ikan yang kecil, seperti riba' yang kuat akan mengalahkan yang lemah.



3. Insani, bersifat dengan sifat hidup tumbuh, berkembang, bergerak dan berfikir serta berakal. Orang yang berakal akan berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Orang yang berfikir akan mengetahui yang mana merugikan dan yang mana yang mendatangkan manfaat samada individu atau masyarakat. Dalam Quran Allah S.W.T berfirman dalam Surah as-Syams ayat 8; Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan. Disini menampakkan manusia itu berakal dan berfikir kerana Allah menampakan pilihan kepada kita sebagai hambaNya, bukan hanya hidup seperti haiwani yang hidup bertindak balas bukanya dengan akal yang waras. Menampakan beza antara nabati dengn insani dengan adanya bergerak dalam memilih jalan kefasikan atau ketaqwaan.


Sifat asas seorang manusia adalah keprihatinan kepada orang lain. Seperti mahasiswa UiTM Arau yang keluar outing ke C-Mart menaiki teksi akan melihat dicermin penunggang motosikal yang meredah hujan manakala kita berbumbungkan besi. Ini adalah sifat insani iaitu rasa kasih kepada orang lain atau rasa kesian, kerana sifat insani ini terikat dengan antara satu sama lain dan tidak sesekali bersendirian.


4. Malakuti, iaitu sifat yang tertinggi dalam antara-antara sifat tersebut. Hidup berkembang, bergerak, berfikir, menyaksikan dan merasainya. Konsep Ihsan yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah puncak segala malakuti. Seperti sabdanya; melakukan ibadah kepada Allah seperti melihatNya, jika tidak dapat melihatnya sesungguhnya Allah melihat kita. Sebagaimana kisah seorang sahabat Nabi SAW, menantunya Nabi SAW, suaminya Fatimah Zahra al-Batul dan Amirul Mukminin kepada para abid. Seorang lelaki bertanya kepada Saidina Ali R.A; dapatkah anda melihat tuhan-mu dalam beribadah? Maka Saidina Ali R.A menjawab; Adakah aku menyembah yang tidak dapatku lihat? Lelaki tersebut bertanya Saidina Ali; bagaimanakah anda melihat-Nya? Saidina Ali R.A menjawab; Dia ( Allah ) tidak akan tercapai dengan penglihatan mata, tetapi dengan mata hati yang penuh dengan hakikat keimanan. Dia ( Allah ) dekat dengan segala-galanya tanpa sentuhan. Jauh tanpa jarak. Berbicara tanpa berfikir sebelumnya. Berkehendak tanpa berbincang.


Setiap sifat diatas adalah skala kepada kehidupan seharian kita dimuka bumi Allah S.W.T ini. Samada kita memilki sifat nabati, haiwani, insani dan malakuti. Itu semua perkiraan sendiri dimanakah kita berada dan pilihan kita dalam melaksanakan kehiudpan kita.




Ujian akan melahirkan manusia yang tahan dari segi mental dan fizikal.



Akhir kata dengan surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3; Adakah manusia dibiarkn dengan mengatakan: "Kami telah beriman". sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang berdusta.









Wednesday 29 April 2015

Pengenalan Diri Kita

Assalamualikum kepada pembaca-pembaca sekalian. Sudah sekian lama meninggal bidang penulisan blogger atas sebab-sebab tertentu. Tetapi kali ini saya membuka akaun baru agar semua pembaca dapat menggupas sedikit daripada post-post yang saya akan tampilkan.


Pertama sekali, berkaitan dengan kehidupan. Imam Ali pernah bersabda; Hidup didunia ini adalah sebagai alam persaingan. Jadi masing-masing terfikir dan termenung apakah yang disaingkan dalam dunia ini? Adakah harta? Anak-anak? Haiwan-haiwan ternakan? Jawab Imam Ali adalah persaingan Haq dan Bathil. Haq adalah keadilan dan Bathil adalah kezaliman.


Seperti yang semua sudah maklum bahawa keadilan adalah sesuatu yang kita meletakkan pada tempatnya. Manakala zalim itu sesuatu yang menindasnya atau mengambil hak orang lain. Bagi orang-orang yang berpegang dengan konsep ketuhanan atau mempercayai tuhan, ia akan terfikir sejenak bahawa tuhan itu Maha Adil. Dan orang yang tidak berpegang dengan kewujudan tuhan dihatinya akan bersifat menindasi.


Apakah manfaat kita sebagai orang yang betuhanan? Adakah kepada diri kita sendiri? Atau keluarga? Secara analoginya, api yang membakar akan mengeluarkan asap dan orang yang menangis akan menunjukkan kesedihan. Jadi kita orang mempercayai Allah sebagai tuhan, Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya, ini menunjukan kita sebagai orang Islam. Kenapakah masih ada orang beragama Islam yang bersifat zalim dan menindasi sesama umat Islam?


Ini persis atau semacam dengan budak yang berumur 6 tahun yang bermain Samsung Galaxy Tab 4 yang menggunakan android 4.4.2. Maksudnya budak itu sendiri sudah pandai bermain  Game Plant VS Zombie tetapi budak tersebut tidak tahu apa itu fungsi android. Hanya sekadar cukup syarat mengetahui cara-cara bermain game.

Imam Ali berkata; Awwaluddin Ma'rifatullah. Permulaan beragama itu adalah mengenal Allah. Kadang-kadang kita tertanya-tanya bagaimanakah hendak mengenal Allah? Kata-kata hikmah yang selalu kita dengar, man 'arafa nafsahu faqad 'arafa rabbahu; yang bermaksud sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhannya. Kemuliaan dan kehinaan manusia itu bergantung kepada pengenalan dirinya sendiri.


Habib Ali Zainal Abidin pernah berkata dalam sebuah rakaman yang saya ada, Allah mata itu. Iaitu pacaindera yang sedia ada dan mata hati. Mata hati adalah untuk kita melihat kesalahan-kesalahan kita, salah silap kita dalam seharian agar kita sentiasa dapat memperbaiki diri, menampung kekurangan yang ada dengan kita muhasabah. Mata hatilah akan mengajak kita mengenal diri kita, mengenal kelemahan kita dalam seharian kita sampai pacaindera kita yang sedia ada tidak sempat untuk mencari kesilapan orang lain, kekurangan orang lain. MasyaAllah, kekuasaan Allah.


Orang yang mengenal dirinya sendiri akan mencapai kemuliaan kerana orang tersebut mengetahui apa yang dia ada dan apa yang dia tidak ada. Orang yang mengenal dirinya sendiri akan meraih kesempurnaan. Berbalik kepada kata hukama'; " sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhanya". Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku dan pembaca-pembaca sekalian, sesungguhnya Allah itu Maha Mulia. Berbanggalah wahai orang yang mengenal dirinya kerana dia mendapat kemuliaan atas kerana Allah S.W.T itu Maha Mulia. Solawat!




Ha. Ni dia budak yang bermain Galaxy Tab 4.