Wednesday 29 April 2015

Pengenalan Diri Kita

Assalamualikum kepada pembaca-pembaca sekalian. Sudah sekian lama meninggal bidang penulisan blogger atas sebab-sebab tertentu. Tetapi kali ini saya membuka akaun baru agar semua pembaca dapat menggupas sedikit daripada post-post yang saya akan tampilkan.


Pertama sekali, berkaitan dengan kehidupan. Imam Ali pernah bersabda; Hidup didunia ini adalah sebagai alam persaingan. Jadi masing-masing terfikir dan termenung apakah yang disaingkan dalam dunia ini? Adakah harta? Anak-anak? Haiwan-haiwan ternakan? Jawab Imam Ali adalah persaingan Haq dan Bathil. Haq adalah keadilan dan Bathil adalah kezaliman.


Seperti yang semua sudah maklum bahawa keadilan adalah sesuatu yang kita meletakkan pada tempatnya. Manakala zalim itu sesuatu yang menindasnya atau mengambil hak orang lain. Bagi orang-orang yang berpegang dengan konsep ketuhanan atau mempercayai tuhan, ia akan terfikir sejenak bahawa tuhan itu Maha Adil. Dan orang yang tidak berpegang dengan kewujudan tuhan dihatinya akan bersifat menindasi.


Apakah manfaat kita sebagai orang yang betuhanan? Adakah kepada diri kita sendiri? Atau keluarga? Secara analoginya, api yang membakar akan mengeluarkan asap dan orang yang menangis akan menunjukkan kesedihan. Jadi kita orang mempercayai Allah sebagai tuhan, Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya, ini menunjukan kita sebagai orang Islam. Kenapakah masih ada orang beragama Islam yang bersifat zalim dan menindasi sesama umat Islam?


Ini persis atau semacam dengan budak yang berumur 6 tahun yang bermain Samsung Galaxy Tab 4 yang menggunakan android 4.4.2. Maksudnya budak itu sendiri sudah pandai bermain  Game Plant VS Zombie tetapi budak tersebut tidak tahu apa itu fungsi android. Hanya sekadar cukup syarat mengetahui cara-cara bermain game.

Imam Ali berkata; Awwaluddin Ma'rifatullah. Permulaan beragama itu adalah mengenal Allah. Kadang-kadang kita tertanya-tanya bagaimanakah hendak mengenal Allah? Kata-kata hikmah yang selalu kita dengar, man 'arafa nafsahu faqad 'arafa rabbahu; yang bermaksud sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhannya. Kemuliaan dan kehinaan manusia itu bergantung kepada pengenalan dirinya sendiri.


Habib Ali Zainal Abidin pernah berkata dalam sebuah rakaman yang saya ada, Allah mata itu. Iaitu pacaindera yang sedia ada dan mata hati. Mata hati adalah untuk kita melihat kesalahan-kesalahan kita, salah silap kita dalam seharian agar kita sentiasa dapat memperbaiki diri, menampung kekurangan yang ada dengan kita muhasabah. Mata hatilah akan mengajak kita mengenal diri kita, mengenal kelemahan kita dalam seharian kita sampai pacaindera kita yang sedia ada tidak sempat untuk mencari kesilapan orang lain, kekurangan orang lain. MasyaAllah, kekuasaan Allah.


Orang yang mengenal dirinya sendiri akan mencapai kemuliaan kerana orang tersebut mengetahui apa yang dia ada dan apa yang dia tidak ada. Orang yang mengenal dirinya sendiri akan meraih kesempurnaan. Berbalik kepada kata hukama'; " sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhanya". Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku dan pembaca-pembaca sekalian, sesungguhnya Allah itu Maha Mulia. Berbanggalah wahai orang yang mengenal dirinya kerana dia mendapat kemuliaan atas kerana Allah S.W.T itu Maha Mulia. Solawat!




Ha. Ni dia budak yang bermain Galaxy Tab 4.